x0x0

Apr 18, 2018

#SYTUKARSTATUS

Assalamualaikum

This going to be a journey diary as I will write this entry guna term staging. Sikit2x. Fasa by fasa. So long story short, on Mac 2017,SB propose ajak kahwin somewhere in 2018, So kitorang pakat bertunang hujung tahun 2017, and early plan to nikah on Mac 2018. Technically aku ada setahun je nak fikir and buat persiapan. Aku rasa aku dah boleh start panggil aku ni bakal pengantin kan.

So kalau BTB lain ni,aku rasa dah bertebaran dah x tenang, tapi aku masih disini tenang dan rilek type entry ni. Note that, this entry I started to write it down on 3/8/2017,dan progress masih 0.5% settle.

Meh aku throwback apa yang berlaku past monthss;

Mac, 2017

  • Pikah kena propose. No,bukan proposemacamomputih bawak pegi date hulur cincin to No. Just a simple talk over the phone (because we involve in Long Distance Relationship and its sucks), SB ajak kahwin, kali ni serius punya ajak bukan memain macam selalu.
  • Aku keluar bilik, bagitau mak,Mak on je. Ayah pon on, siap suggest suruh bertunang bulan 6,kahwin hujung tahun.
April,2017
  • We decides not to talk about this thing yet sampai lah lepas raya. Hahahhahahhahahhahahaa
Mei, 2017
  • Puasa
Jun, 2017
  • Raya
  • Mesti korang ingat kitorang akan cakap masa rayakeduakan? Hahhahhaha Nope. Not yet.
Julai, 2017
  • on 9/7 SB datang rumah, jumpa my parents and talked to ayah about his niat and all.
  • Since he's tooooooooo busy narom,I said, kita postpone sampai august, then we talk.
August,2017
  • 1/8: Remind him its already august, and I dont care,pressure ke busy ke I dont want to know.
  • 2/8: Daftar kursus kahwin. (thats why cakap baru 0.5% settle, sbb baru daftar, tak pegi lagi pon)
  • 3/8: Its our day, actually today.
But before that,sepanjang 5 bulan hiatus (mac-julai) bukanlah bermakna SB diam, aku pon diam. Aku buat part aku lah. Aku tau aku ada less than 6 months to plan a wedding by the time we talk. so aku dah sesiap buat checklist over the time so that x terlepas pandang banyak benda.

Till next update,

October Update
25/10/17

SB is in Brunei and we will get engage for like 2 weeks from now on 11/11. Persiapan tunang? 0. Bapak ahhhhhh rilek gila. Tapi menu hari tunang dah ade lah. tp tu je lah. Baju aku kena reject. so kena cari baju lain which aku x cari pon lagi. aku malas. muehehehhehehhee

November Update.
4/11/2017

It marks our 27 months, so decided utk settlekan sebanyak task yang boleh. Early this week, dapat text, parents syafiq tukar plan, suruh, kitorang cari cincin sendiri so, on the 4th, he picked me up at Wangsa Maju, and these are our tasks:

  • Pegi Kuala Pilah cari cincin
  • Straight to Melaka utk survey pameran kahwin
  • Cari baju tunang
1) MISI CINCIN
So misi cincin, Alhamdulillah, sampai KP dalam pukul 10, survey 6 kedai. Pukul 12 baru keluar dengan jayanya sebab kitorang 2 noob gila pasal cincin n emas. hahahhahahha, Dekat KP, 1gram/175 ni 916 tau. The next day aku survey Habib, corak yg sama dengan apa yg aku beli, dorang charge, 1gram/215. Tu tak masuk tax, tak masuk upah lagi. 

Aku kira tak kisah pon pasal jenama ke apa semua, sebab benda yang sama je. Since SB org N9, so terus jelah pegi sebab dia tahu mana nak tuju. Bukan kira cheap skate tapi, nak buat ape bayar lebih dekat benda yg tentu tentu sama. KP ni kedai emas biasa je. Tak gah pon.

2) PAMERAN KAHWIN
Yang ni aku pegi pusing and pusing, discuss and discuss, dia down to 2 butik je yg tinggal. So sabtu aku balik fikir and ahad aku datang semula. Bawak mas, suruh dia buat judgement utk aku. And seal the deal. Isnin aku masuk kerja, belek journal, rupanya butik yg aku deal tu ada nama dalam list aku with another 4, tp yg 4 lain tu dah kene cross so tinggal lah 1. soooo kebetulan

Bridal: ATELIER WEDDING CONCEPT

3) BAJU TUNANG
Aku pegi Tesco, masuk this one kedai, dia jual biasa je, aku sambar sepasang RM90. Lepastu keluar kedai, nampak kedai bangla jual tudung, selai RM10. Beli. Dah cukup. Malas banyak cekadak, since aku pon memang jenis x banyak songeh, so okay je.

111117
E-DAY
So, settle everything. aku ade buat entry asing untuk hari tunang aku. Kalau sembang kos, aku habis plus minus, RM 600 . Tak termasuk makan lah yang pasti, sebab bab makan ni mak ayah aku lah yg kluar belanja. Banyak aku guna barang sedia ada. Hantaran gubah sendiri. Tapak ade yang sponsor. Headpiece pakai yang jihah punya dia beli last year x silap aku. So pecahan duit tunang aku,

    • Baju+ Tudung: RM 100
    • Photographer: RM 100
    • Hantaran: RM 300
    • SPA: RM 50
    • ETC: RM 100
A week after tunang, aku lock photographer dengan AMIRNAUFALPHOTOGRAPHY
Nothing much jadi on November lepas tunang.

December Update.

Lock Spa: JENDELA HQ
Beli kain untuk baju pengapit, raya belah n9.
Nak visit bridal untuk pilih baju and beli kain untuk raya Melaka.
Beli Doorgift, and nak buat kad jemputan.

Tak banyak pon boleh settle since syafiq banyak gila event bulan ni. Back to back. For this one month lepas tunang kalau nak cerita dugaan bertunang tu, setakat harini, yang major tu xde lah, setakat gaduh sikit2x, kecik hati sebab attention, time etc etc yang macam biasa orang in LDR faced je lah. Susahnya LDR ni satu lah bila part nak siapkan preparation. Yang tu macam haihhhh lemah banyak.

January Update.

So kad kahwin dah siap. Itupon kena rush gila2x sebab belah syafiq nak kad before raya cina. So kad, aku buat dekat Reka Ceria, Cheng, Melaka. Simple and kerja cepat. Senang deal. Tu je lah yang dah settle x silap aku untuk January. Kahkah



February Update.
-Syafiq settle borang dia, Aku x settle lagi, tunggu balik Melaka 2nd week of March.
-This month aku usha welcome board, dengan guest book.
-Then aku beli lace baru untuk baju nikah, because aku pompuan yang x tetap pendirian. Kah kah.

Inai: Mai Mai Irene (FB)

March Update
-BAPAK CUAKNYAAA nak updateeeeeeeee!!!!!!

So since SB dekat Mekah, buat umrah, aku sambung lah dengan aktiviti menempah segala benda. So kali ni aku tempah guestbook dengan welcome board.

Guestbook: Guestbook by Ekindush
Welcome Board: IjabQabul

So yang ni dah settle bayar, tinggal nak dapat je. Lepastu bengkung, Haaa yang ni antara yang serabut lah. Aku dah fikir nak beli bengkung Sajat je ni, tapi mahal lah sampai RM 120 tak silap untuk pakai sekali je. So, one day aku scroll FB, aku nampak ada senior aku promo this one jenama. Sama je macam Sajat tp lagi murah sikit lah.

Bengkung: CHERQAX

Lepas SB balik umrah, target aku nak cari barang hantaran

SB balik umrah 13/3 haritu and kitorang ade 4 minggu je untuk prepare. Lets do the math,
4 minggu = 4 kali weekends
4 kali weekends = 8 hari

Dalam 8 hari tu, 3 hari SB ada events,
So we down to 5 days,
Dalam 5 hari tu, 3 hari aku ada dekat Melaka untuk event kumpul waris and wedding.

Which gives me 2 days left to prepareeee thingggsssssss before the big day. PFFFTTTTTT

Let the stress play on his own, harini 15/3 aku check SPPIM, comes to the result,


Alhamdulillah, proses dah lulus. Cun. Till then


On 16/3/2018 aku decide untuk cari easel for welcome board aku, so end up aku jumpa satu kedai ni kat cyber, konsep kedai dia is bagi sewa barangan pengantin so ada lah this easel yang aku suka so aku decide utk book. Murah lah barang2x dia bagi sewa. Berpatutan and banyaaaak gila pilihan,

Easel: somethingborrowedbynawal

And on 18/3 kitorang keluar cari barang hantaran, SB picked me up dekat Wangsa Maju and kitorang straight pegi SOGO, KLCC, Melawati Mall untuk cari barang. Konsep that day was, aku cari barang aku then SB bayar and vice versa. So baru terasa yg benda ni macam gift untuk each other. Sentimental gittewww. Tapi memang sumpah barai lah. So that day was counted as 1 out of 2 days yang ada utk aku jumpa SB before nikah.

The next mission is cari cincin dan fitting baju belah sana. Aku xtau lah dak SB ni ad inform ke tak tapi tulah dia. Aku still kena cari doorgift untuk org sebelah and tempah sticker. tapi xdan lagi nak buat hiks.


25/3/2018
So, aku turun n9 untuk cari cincin tapi gagal. Miserably gagal so aku datang seremban the following Jumaat, before majlis kumpul waris untuk beli cincin batal air sembahyang for both party.

31/3/2018
Majlis kumpul waris and pembahagi tugas. I warned mak untuk tak sub kerja kat semorang cuz aku nak gak rasa feel nak kahwin tu, so mak well aware.

APRIL UPDATE

10/4/2018
Aku balik melaka malam tu and get ready untuk settlekan everything lah. Then dapat phone call yang jentik monde bridezilla aku

11/4/2018
Terlalu banyak plan nak settle, the chronology, 830 pagi aku gerak dari Jasin ke Senawang

  • From Senawang direct ke Kajang untuk fitting baju P belah SB
  • From Kajang to Cyberjaya untuk pickup easel dekat SBBN
  • From Cyberjaya to Selayang untuk fitting baju lelaki belah SB
  • From Selayang to Senawang untuk amik kereta
  • From Senawang to Melaka untuk final fitting baju belah aku.
So aku sampai rumah pukul 830 malam dan barai. Tapi start packing doorgift.

12/4/2018
Pegi spa dengan dak Jihah then terus beli barang barang lain. Lama gak nak settle everything. Sampai pukul 6 lah baru selesai

13/4/2018
Yang ni lagi huru hara nnti cerita. Nanti up entri Khas.

Bye. Thats it, entry aku untuk kali ni. Next entry aku akan komen every single details apa yg aku suka and tak suka tentang perkhidmatan yg aku amik ni. 

Mar 5, 2018

Teaser: Miss Nuur to Mrs Nuur?

Assalamualaikum
Salam teaser 1 Malaysia.


Cepat doa aku diberi kesedaran. Hiks
Ayuh pangkah tarikh!

Nov 13, 2017

E-Day: Syafiq & Syafiqah

Assalamualaikum

Last Saturday [11.11.17] , I'm officially engaged with my bestfriend. Yeayy
Long Story yang tak berapa nak short,

1) Pelamin
 No so called pelamin. Banyak reason kenapa aku taknak pelamin, here the pecahan kalau aku ade pelamin:

  • Kena ada MUA
  • Kena ada photographer
  • Kena ada baju meriah
  • Kena lorat
which semua niiii cost! Kalau nak sponsor takpe aku terima. So aku arrange perabot rumah so that ade ruang utk sarung cincin. End result dia jadi camni;

Not bad kannnnn. I know I know. Bawak vibes zaman dulu dulu sarung cincin atas lantai. lagi best.

2) Hantaran
Yang ni disaster. Setere2x last minute plan aku sekalipon, aku dah startpikir pasal barang hantaran sebulan sebelum majlis. Ada isu sebenarnya. Mula2x nak 3-5. Seminggu sebelum majlis, Umi Syafiq decide nak buat 5-7, berpusing kepala aku nak tambah 2 dulang lagi. Final hantaran

Belah Perempuan;
  • Towel Sulam
  • Bantal Sulam
  • Coconut Cookies
  • Coklat
  • Kain Pelikat
  • Buah
  • Brownies
Belah Lelaki
  • Buah
  • Coklat
  • Kek
  • Pulut Kuning
  • Set barangan SUCHI
Kudos gila dekat officemate aku sebab volunteer nak buatkan tapak and gubah coklat.
Kotak utk isi towel, brownies and kain pelikat aku cari dekat theboxshop.
Sulam bantal aku tempah dekat Sulamanbymaksu
Yang lain semua sendirian Berhad



Untuk hantaran ni kira aku dapat sponsor;
- Brownies from Cik Ami
- Buah n Kain Pelikat from Ayahanda terchenta
- Tapak hantaran from Izza
- Coconut Cookie from mommy

Selebihnya, kotak, bantal, sulam towel, coklat adalah dari duit poket sendirian berhad. Sekian hahahaha
 3) Photographer
Yeahh this one I should thank Jihah sebab dia yang cari. So that guy is budak U dia. Kengkawan. So dapat harga member. IG dia aku xjumpa sebab kawan dak Jihah, tp ni twitter dia, HaziqMango . Melayan kerenah aku yg banyak cekadak. Hahhahahah sorry dik.

4) Make Up
By yours truly. Sebab ni majlis simple je so buat apa nak membazir upah make up. Setakat tepek sikit2x aku insyaAllah reti. And alhamdulillah. Ramai tanya sapa make up sebab cantik je. Disclaimer awal2x, eyeshadow aku dak Jihah letak sebab aku tak nampak. And nak buat sweet colour. Sebab kalau aku pegang berus terus jadi smoky or bold je. Leulss

5) The Food

Lauk kampung always be my fav. Im that typical kampung girl yang selalu pilih lauk kampung vs western, kuih trdisional vs cupcake, tangan vs sudu, and so soooooo. Mak ayah pilih caterer. Mak and aku pilih lauk atas nasihat katerer and dipersetujui oleh aku. Side menu ada 10. Hasil sumbangan org ramai which is sooooooooooooo meriahhhhhhh. The food were:

MAIN:

  • Nasi Putih
  • Kari Kambing
  • Ayam Goreng Berempah
  • Daging Salai Lemak Pisang
  • Sambal Sotong campur Kentang
  • Ulam Sambal Belacan
  • Jambu Asam Boi
  • Sirap Sunquick
  • Teh O
SIDE:

  • Tapai
  • Ais Krim
  • Lengkong Santan
  • Kuih Tiram
  • Kuih Bakar
  • Karipap
  • Cupcake
  • Jelly
  • Puff
  • Kuih kelapa bakar
THE FOOODDDDDDDDDDSSSSSSSSSSS ARE AWESOMEEEE!!!





6) Families and Friends
Alhamdulillah ramai gila family aku dapat turun which aku happy sangat. Ok aku tepek gambar.Aku tak jemput ramai orang pon since tunang je. InsyaAllah ade umur,panjang jodoh. Aku jemput pegi majlis aku.
cousins


families both side

niners

teleisunity

wakil wolfpack

GIGSter
7) The Day






and last but not least,

8) The Fiancé

Meet him. Sapa ntah nama. Lupa.

Ehem. Haram pinang tunangan orang. Hik!

Till next entry.

Jul 19, 2017

Raya 2017

Assalamualaikum

The Wahid's

So entry raya this year? Apa entry Janda Baik whatt?? Hahahahhaha nanti dapat gambar dari Zieha aku update. InsyaAllah. Huhuhu

Raya on the 25th which jatuh masa birthday Shasha. Nak wish dia pon xdan. Padan muka. Cuti raya pulak x panjang sampai raya keempat je pastu dah kena balik KL. Aku x sempat gi kubur pon tahun ni sebab aku sampai rumah pukul 3 pagi hari mantai tu. Bapak ahh.

Cerita Hari Mantai

Tahun ni mak bukak seru kena cat dapur/bilik sebab  dah lama x cat which almost 10 years and satu lagi sebab akan ada a few occasion, InsyaAllah so cat lah dari raya. Baru x rasa membazir. So pukul 3 pagi aku sampai, aku tengok rumah macam kapal karam which is normal tapi kali ni jadi x normal sebab aku ada less than 24 hours utk siapkan segala kerja serta dapatkan beauty sleep utk raya.

  • Kemas Rumah
  • Memasak (2 jenis rendang, kuah kacang sambal tumis, rebus ketupat, lodeh)
  • Buat kuih
  • buat kek
So aku dah timing bajet cantik, masak start awal dalam pukul 11 camtu so akan habis before asar, In between memasak boleh bancuh kek untuk kukus. Lepas asar beli barang buat kuih, then lepas maghrib dah start buat kuih so pukul 12 dah boleh mengemas, pukul 2 tido.

Tiba tiba dapat call ada org nak sewa homestay so dah kena kemas homestay pulak. So jadual carca marba. Endup aku tido 4 pagi, kuih raya x siap. Hahhahahhahahahhahahahahhahahhahahhahaha

Cerita Hari Raya.

Raya 1st
 Waktu solat raya paling sadis lah. Tak habis rakaat kedua dah hujan. SOlat ray diawalkan dalam 5-10 minutes early sebab cuaca. Masjid Terentang kan solat open tu yang haru sikit tu. Macam drama2x shot bertaubat katekowww bila solat dalam hujan wehh. Hahahhaa.

Then, Cam biasa salam dan melawat rumah berwajib.
  • Rumah Busu
  • Rumah Cik Acah

Cucu Nenex
  • Rumah Ucu Rahman
Sepupu Sepapat Melaka

1/2 of the 1st, 2nd and 3rd generations of Daud + Jariah
Lepastu rumah kena serang
  • Family Cik Acah
  • Family Cik Cek
  • Family Tok Ngah
  • Family Mak Itam
  • Family Pak Ngah
  • Family Cik Odah

Raya 2nd
Rumah kena serang. Bersilat aku kat dapur, x keluar dapur langsung.
  • Ticer Sara
  • Family Toksu n Neksu Salina
  • Family Neksu Zai
  • Family Cik Nita
  • Family Cik Boi

Raya 3rd
Ini aman sikit. aku x ingat sapa yang datang rumah. Tapi dah tak ramai. Semua under control
And Family Paklong also a few from GIGS datang masa petang so belah malam pegi Rumah Pak Ngah.

Raya 4th (PUASA)
Yang ni pon rumah kena serang tapi malam tu dah nak balik KL dah so cam rilek tak kecoh sangat. Balik KL dengan Shasha. Gerak around 10 ish jugak. Tapi sebab berteman so tenang lah jugak.

Raya 5 &  6: PUASA

Raya 7: WOLFPACK

WOLFPACK tak cukup korum. 

Raya 8 & 9: PUASA
Raya 10-18: Bertenang
Raya 19-20: PUASA

Raya 21: w Pah



Raya 22: w Syafiq, Setans n Kelas Pertama


Love



Raya 23-25: PUASA

Masa aku tulis benda ni tgah raya ke 25 soooo harini hari last aku puasa. Tahun ni kena ganti 10 hari rasa nak menangis bhaiii. Macam never ending.

There are remaining 5 days of raya punya aktiviti. So nanti aku update biar post yg ni dulu. Hambar terox blog ni kena kemarau entry.

Lastly, akak belanja baju raya akak yang dibeli tanpa fikir panjang sebab dah takde masa nak cari huhuhuhuhu. Akak tahu kasut akak tak matching so jangan bash. Akak memang sengaja pakai kasut tu sebab kasut tu je yg flat. Hik hik hik



Cheriosss


May 19, 2017

TEASER: JANDA BAIK FT BUKIT TINGGI

ASSALAMUALAIKUM

Aku saja je ni nak hilangkan kemarau entry. So aku letak teaser dulu. Leuls


Doakan Nuur Syafiqah rajin type entry. HuHU

Mar 26, 2017

Terengganu

Assalamualaikum




So, the past few weeks, I went to Terengganu sebab nak attend one of my matrix's friend punya wedding. The funny part was, kitorang sebenarnya pegi majlis belah lelaki but since she mentioned yang dia kawen dengan jiran depan rumah so, referring the given map, which is map belah pompuan, so kitorang just tengok opposite site of the house je. Tapi mashaAllah nak sampai sana bukan main berpinau mata sebab waze tak membantu langsung.




The last time aku pegi Ganu was masa gi redang on September, 2015 which aku mabuk teruk and tak dapat berjalan, so kali ni aku balas. Bagitau Farahas 4 minggu sebelum tarikh, and set.

10 March 2017
TBS (10 malam)
Pikah-Farahas-Syikino

Hahahhahahha seee the namessss. So in short we call ourselves as, The setans. Hahhahahhaha sebab kitorang tiga memang suka buat plan aci redah. So , As beli tiket bas turun Ajil, rumah dia. This is another part, so dalam pukul 1 camtu,kitorang sampai Gambang and makan so As cakap,

" Aku selalu tertido x sedar weh. Kita sampai nanti lebih kurang 430 pagi."

Tapi kitorang gelak2x je tak amik port. Rupa2x nya masin mulut As, memang dia tak sedar, selamat makcik sebelah As, kejut dia sebab kebetulan nak turun kat tempat yang kitorang nak turun, kalau tak, menonong sampai Besut lah kitorang. Hahahhahahaha

Sabtu
11 March 2017
Ajil-Kuala Terengganu

1) Rumah As

The dayyyyyyy. So sampai rumah As, sambung rehat then subuh. Dalam pukul 7, As ajak pi Pasar Pagi ada jual kuih singgit. Which all the kuih dah siap pack, so satu pack singgit. Andsarap kat rumah As, mak dia masak Nasi Dagang. Aku not a person yang into Nasi Dagang sebab ade campur pulut tapi mak As x letak pulut at all and the nasi is soooo yummehhhhhhh

Then kitorang prepare untuk misi utama. Pegi kenduri kawen. Tapi before that, kitorang singgah

2) Pasar Payang

So sebenarnya pegi sini sebab As nak cari kain baju raya. Sambil jalan2x tu singgah beli kaftan. As dengan Syikin memang gila kaftan, tapi not me lah.Aku prefer pakai 3 quarter dengan tshirt je. But still aku beli untuk mak. Tapi kau tau lah, yang nama pasarpayang ni, kalau iman tak kuat, kau umpama ditutup jalan keluar. Hahahhahaha

Kat sini gak aku beli serunding. Aku tak sukasangat serunding ni sebab manis. Tapi yang aku beli ni alhamdulillah, mencapai piawaian tahap manis aku. Kira tak manis melampau. Kau boleh rasa manis dia and pedas and balance lah. And sedap tu yang penting. Hewhewhew Then kitorang terus pegi jap eh aku check swarm app dulu sebab dah lupa.

3) Kampung Petai Bubus
Yaaa, this one for wedding. Dak Eda yang kawen. Budak wing aku masa matrik. Gi lah cari entry aku buat untuk wingmate aku. Hahhaha Dia ni budak bilik sebelah and the foood there is sooo sedap. Aku igt Terengganu ni macam Kelantan, makanan dia manis, tapi alhamdulillah, tak ku jumpa satu pon yang manis selain diriku. Huhuhu



Lepas jumpa Eda, salam2x and then, terus ke kawasan Batu Rakit untuk sotong celup tepung

4)Warung Pok Nong Celup Tepung.
Kedai ni bukak 330. So dinasihatkan datang awal sebab nanti kena beratur panjang gilaaa apak ahhhh But it the food is worth the wait and the long queue and everythinggg. It was sooo gooood. Thenlepas makan kitorang pegi




5) Universiti Malaysia Terengganu.
Yang ni sebab aku nak tengok tang mana kampus dorang tepi laut. Tu je tak lebih tak kurang. And untuk dapat pointlebih masa check in swarm. Then to niat utama kalau pegi Terengganu which isssssssssss KOPOK LEKORRRRRR

6) Tak tau nama tempat
Hahhahahha yang aku tau, kedaini x jauh dari airport. And sedap. Serius sedap. Sumpah. Dah tu je. Aku beli 20. 10 bawak balik, 5 bagi syapiq, 5 bagi kak ngah. Then terus ke

7) Pantai Batu Buruk
The pantai here is sooo nice i say youuuuu. Ade satu port buai is instagram worth. Tapi kene berebut dengan couple dan budak kecik. Untuk kitorang, dengan tak tau malunya mintak ade budak ni bangun sebab nak nak satu gambar kat situ. hahahahaha



Then balik rumah As semulaand singgah pasar malam dekat Wakaf Tapai. Sampai rumah As, mak dia dah siap prepare tomyam dengan ikan sweet sour. Memang kenyang dan gembira lah aku. Baju kurung yang aku pakai tu dah selamat aku buang dah. Hahahha riwayat tak panjang.

Ahad
Ajil-KT-KL

Flight kitorang 830 pagi. Then sampai KLIA2 930. Naik bas pi KL Sentral. Sampai KL Sentral 1045. Makan. Then naik LRT sampai Sri Rampai, gi rumah syikin dah sampai around 1245 ko. Then amek keta, berdesup balik PJ sebab nak jumpa WOLFPACKKKKK!!!




Sebenarnyajadi lebih seronok sebab dapat jumpa semorang yang aku nak jumpa. so yeah.Till then.








Dec 26, 2016

PENANG 4.0

Assalamualaikum

HAHHAHAHHAHAHHA PENANG LAGI WOIHHHHH!!!!

Updated: Malas up entry Penang. Long story short, went to Penang, Kak Fareha kawen, then straight to Pesta Penang which is I must say macam tapak funfair biasa and the token is sooooo ridiculous mahal, satu token rm4 x silap, satu game kokak 2 token, itu pon game bodoh2x je yang kau boleh main kat tipikal tapak funfair biasa dengan harga jauhhhh murah, and orang ramai gila namateyyyyy. But I had fun after all.

Then to Nasi Kandar Beratur cam biasa lah, then terus balik tido. The next day, cari jeruk madu and went to KMPP. Then shoot balik KL. Sampai KL by Asar, lepak rumah Syazazu sampai Maghrib, then pegi rumah Syikino amek keta, then singgah rumah kak ngah sampai pukul 11 camtu, nak rehat buat hilang letih. Then shoot balik Melaka but, singgah Seremban minum dulu then baru balik Jasin.

Sampai rumah around 2 pagi senget2x. Thats it.

Dec 22, 2016

ROCKIE POMADE #bukanpomadekosong

Assalamualaikum



Pomade [ Read: Po-med; sejenis kosmetik rambut lelaki untuk memastikan rambut ayah/abang/adik/pakwe serta bakal pakwe kekal terurus tak macam tongkang pecah]

Okay first, aku tak expert pasal pomade tapi tahu lah sikit-sikit. The first time aku tahu pasal pomade ni masa bf aku ajak teman dia gi amek pomade ni kat LRT Uni. Dia COD situ. And I sounds so stupid back then cuz I thought its a pemadam tapi cakap dalam dialek kelantan so jadi pomade get it get it????


So dalam bahasa mudah pomade ni kiranya minyak rambut lah, tapi mungkin lelaki ni nak beat pompuan dalam level complicated so dorang guna term pomade. Tapi dari apa yang aku faham, Kalau kita buat levelling chart tahap kekerasan rambut kalau guna pomade ni , pomade ni location dia kat tengah tengah.



Nak kata dia keras, tak keras sangat and nak kata lembik pon tak lembik sangat. Its just nice gitchewww. And pomade ni terbahagi kepada banyak-banyak jenis, ada homebrew, ada yang proses RnD dari kilang, ada yang lambak punya. Yang lambak ni aku point out yang made in China lah kiranya pomade tu. Kalau dah Made in China, pepaham sendiri lah, dorang buat bebanyak guna bahan ape aku tak tau pastu jual murah, takde RnD and sebagainya.

Kalau homebrew ni kira masak sendiri kat dapur rumah lah, and lastly biasalah yang dari kilang Malaysia, undergo RnD sampai owner puas hati baru proceed.

Kalau dah nama kosmetik, seharusnya lah kita kena check KKM untuk memastikan produk yang kau guna tu takde nak memudaratkan diri kau. Terjamin sikit nyawa kau, ni nak letak kat kepala ni, buat di letaknya bahan ntah apa2x, mati sel2x kepala kau, aku tak tau. So thats why, di sarankan untuk check KKM produk yang kau akan guna walaupun ianya produk sesimple minyak rambut.

Okay enough rumble. What the heck is Rockie Pomade?

Kat Malaysia ni dah berlambak pomade kau boleh jumpa kat pasar malam/ online/ barber shop hipster
, macam macam kaler macam macam bau tapi apa buat beza Rockie Pomade ni dengan kebanyakan pomade2x lain ni?

Ok aku highlight benda yang paling penting ehh sebab apa?

SEBAB ROCKIE POMADE ADA KKM!!!!


tak caya?

korang boleh check NOT number (refer gambar) kat website bawah ni untuk pengesahan




Antara kelebihan lain adalah;


  • Mempunyai Extract Virgin Coconut Oil dan Limau Purut dimana sangat baik utk rambut.
  • Waterbased (Mesra wudhu')
  • Stronghold (Rambut maintain hensem dari pagi sampai malam)
  • Dibuat oleh Kilang berstatus GMP.
  • Melalui RnD selama lebih 3 bulan.
  • 100% buatan Malaysia dan bukan unlabel.
  • Harga mampu milik.
  • 120gram. Tahan lebih dari sebulan.
  • Texture yang lembut. 
  • Bau yang wangi. 
Part bau tu paling mengancam. Bau macam chewing gum. Sedap sungguh. Ni betul aku cakap as perempuan aku tertarik lah. Masalah dia aku tertarik sangat hiks. 

Untuk perempuan-perempuan, kalau dah buntu tak tau nak bagi hadiah apa kat dak-dak lelaki ni tak kiralah pakwe ke abang ke adik ke hatta member kau sekalipon, korang sua kan je pomade ni. Aku bau jugak lah pomade-pomade abang aku, tak best. Pomade abang aku satu dari luar negara, satu lagi malaysia punya, tapi sungguh, bau dia tak leh challenge Rockie Pomade. Aku tak cakap kosong ni.

Kalau perasan Rockie guna #bukanpomadekosong tu bermaksud, pomade ni bukan je lah semata untuk rambut nampak kemas dan untuk menarik hati orang dengan bau dia, tapi diorang jugak campurkan extrak limau purut n minyak kelapa dara. 2 in 1 beb, sambil kau melawa, sambil tu jugak rambut dapat khasiat.


APA LAGI MALAYSIA MAHUU!!!

So aku attach link FB Rockie Pomade kat bawah ni, and korang boleh check them out. Tak rugi beb!!

#bukanpomadekosong